Pages

Subscribe:

About

Thursday, 6 November 2014


Chapter 1:Background Restaurant Nasi Ulam

1.0 PENGENALAN
Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan merupakan tempat menjamu selera,dan ia merupakan destinasi para pelancong yang datang ke negeri  Cik Siti Wan Kembang atau lebih dikenali negeri Kelantan.Di Kelantan merupakan salah satu destinasi yang terkenal dengan makanan yang unik dan tradisional atau boleh dikatakan syurga makanan.Pelbagai masakan dan makanan yang menarik boleh didapati di negeri Cik Siti Wan Kembang.Selain itu terdapat banyak restoran yang menarik dan sedap dan mempunyai tarikan yang tersendiri untuk menarik minat pengunjung untuk berkunjung di restoran tersebut.Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan mempunyai keunikan yang tersendiri iaitu dari segi masakan ,perletakkan lokasi dan reka bentuk restoran.

Kajian yang dilakukan bersifat kualitatif,dimana penyelidik membuat pemerhatian dan menemuramah.Selain itu,kajian ini dibuat melalui mencari bahan rujukan daripada internet untuk menambah maklumat tentang Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan.Kajian ini juga dijalankan bagi melihat sejauhmana promosi dijalankan itu memberi kesan kepada pengunjung ke restoran tersebut.

Promosi ialah proses atau kaedah atau cara untuk menyampaikan,memberitahu dan mempengaruhi pengguna atau orang ramai untuk membeli barangan atau perkhidmatan.Promosi bertujuan untuk menyebarkan maklumat tentang perkhidmatan atau produk kepada orang ramai.Selain itu,promosi juga bertujuan untuk mendapatkan pelanggan baru atau menjaga kesetiaan pelanggan supaya kekal bersama.Promosi dapat dijalankan melalui pelbagai cara antaranya ialah melalui media elektronik dan media percetakan.Melalui media elektronik ialah televisyen,radio dan internet,manakala melalui media percetakan ialah risalah,banner,majalah dan surat khabar.

1.1  LATAR BELAKANG
Saya memilih Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan sebagai tajuk kajian saya yang bertempat di Jalan Hilir Kota,Kota Bharu Kelantan. Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan merupakan restoran yang menyediakan masakan kampung atau masakan selera orang Kelantan yang menggunakan resepi turun temurun keluarga pemilik restoran tersebut.Lokasi Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan terletak di dalam kompleks Kampung Kraftangan berdekatan Dataran Padang Merdeka.Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan juga dikenali sebagai Kedai Cikgu Nasi Ulam,iaitu sempana nama pemiliknya Hamid Idris bekas guru Ekonomi lulusan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Restoran ini mempunyai bilangan pekerja sebanyak 20 orang dan diagihkan pada bahagian tertentu seperti dibahagian dapur dan bahagian menyediakan bahan-bahan untuk memasak dan bahagian depan.Restoran ini menyediakan pelbagai lauk pauk seperti ikan keli goreng berempah,singgang ikan,ikan keli gulai darat,percik ayam,ikan bakar dan sebagainya.Selain itu,restoran ini juga menyediakan pelbagai jenis ulam-ulaman mentah dan dicelur seperti petai,pegaga,pucuk gajus,ulam raja dan pelbagai lagi jenis ulam-ulaman.Nasi ulam tersebut dicicah dengan perasa seperti budu yang dicampur dengan manga muda yang diparut,cili api,bawang yang dihiris dan tidak ketinggalan temponyak durian.Keunikan restoran ini menyebabkan ramai pengunjung yang datang ke restoran tersebut.Disamping menghidangkan pelbagai jenis masakan dan ulam-ulaman harga yang dikenakan amat berpatutan menyebabkan ramai pengunjung yang berkunjung bersama keluarga kerana walaupun dihidang dengan kuantiti yang banyak harga yang dikenakan tidak terlalu mahal.

Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan beroperasi jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang setiap hari kecuali pada hari jumaat.Perkhidmatan restoran ini merupakan perkhidmatan layan diri dimana pengunjung bebas mengambil sendiri lauk pauk mengikut selera masing-masing.Selain itu makanan yang dijual di restoran ini juga dijual dengan harga yang berpatutan. Kebanyakan pengunjung restoran tersebut terdiri daripada orang Kelantan dan pekerja yang bekerja berdekatan dengan restoran tersebut.Restoran ini juga mendapat tempat dihati pelancong sama ada pelancong tempatan atau luar negara.Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan atau nama lainya Kedai Cikgu Nasi Ulam memilih warna merah dan putih korporat restoran.Keseragaman warna tersebut dapat dilihat pada papan tanda nama dan promosi.Identiti korporat restoran tersebut dapat dilihat pada papan tanda nama yang terdapat pada  restoran dan laluan masuk ke dalam restoran tersebut.

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mempromosikan restoran tersebut agar lebih dikenali dan merupakan tempat destinasi para pelancong yang datang ke negeri Kelantan.Kajian yang dilakukan adalah lebih kepada pencarian idea baru untuk mempromosikan restoran tersebut  dan penambahbaikan imej identiti korporat pada restoran tersebut.

Melalui kajian ini,fokus utama yang diberikan ialah lebih kepada komunikasi visual.Komunikasi visual(komunikasi melalui penglihatan)adalah proses penyampaian idea dan maklumat yang disampaikan dalam bentuk dapat dibaca dan dapat ditanggapi.Komunikasi visual biasanya dikategorikan sebagai unsur seni rupa,tipografi,fotografi,logo,reka bentuk grafik,ilustrasi dan lain-lain.Komunikasi juga merupakan cabang dari pelbagai aktiviti yang melibatkan komunikasi yang menggunakan unsur rupa pada pelbagai media percetakan seperti majalah,surat khabar,risalah dan banner.Manakala media elektronik ialah seperti televisyen,radio,video,internet dan lain-lain.

1.2  PERSOALAN  KAJIAN
Berdasarkan kajian yang  dijalankan,penyelidikan menemui beberapa persoalan
untuk panduan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.Antara persoalan yang perlu dikaji ialah:
              a)      Adakah Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan dikenali ramai?
              b)      Bagaimanakah cara pengunjung mengenali atau mengetahui keunikan tentang Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan?
              c)      Adakah imej identity korporat dan promosi yang dijalankan memberi kesan kepada pengunjung untuk berkunjung ke Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan?
             d)     Apakah jenis hidangan dan tarikan yang terdapat di restoran tersebut yang  boleh menarik pelancong untuk berkunjung ke Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan?
             e)      Mengapakah pengunjung memilih untuk berkunjung di Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan?

1.3  PERMASALAHAN KAJIAN
Melalui kajian yang dibuat,didapati bahawa  Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan mempunyai kaedah atau strategi promosi yang tidak efektif.Walaupun restoran tersebut telah mengadakan promosi tetapi promosi yang dijalankan hanya melalui periklanan percetakan seperti banner.Selain itu terdapat juga papan tanda,dan tidak menggunakan kaedah iklan elektronik seperti radio dan TVC.Hal ini menyebabkan orang ramai dan pelancong kurang mengenali restoran tersebut.

Disamping itu,Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan kurang menggunakan media semasa mempromosikan restoran tersebut menyebabkan restoran tidak mendapat publisiti yang meluas.Sebaliknya pemilik Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan harus mempromosikan restoran tersebut melalui media seperti radio,televisyen dan internet.Hal ini kerana,penggunaan media yang sesuai dapat menyebarkan maklumat dengan cepat dan berkesan dan dengan pengguna teknologi yang semakin canggih maklumat yang didapati hanya di hujung jari sahaja.

Selain itu juga terdapat permasalahan yang timbul melalui kajian yang dilakukan iaitu imej identiti korporat tidak memberi kesan kepada pengunjung untuk berkunjung ke restoran tersebut kerana tiada keunikan pada logo asal restoran tersebut.Logo mempunyai beberapa prinsip iaitu mudah diingati oleh orang ramai,ringkas,senang dibaca dam mudah difahami,tidak luput,serba guna dan logo mempunyai kesesuaian organisasi.Dengan adanya semua prinsip tersebut memudahkan lagi untuk menarik minat pengunjung untuk berkunjung ke Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan.

Oleh yang demikian,dengan adanya kaedah promosi yang baru dan sesuai ,maka lebih ramai pengunjung atau pelancong luar negara yang akan berkunjung di restoran  tersebut seterusnya dapat memperkenalkan tradisi makanan orang Kelantan kepada pelancong serta dapat memperkenalkan restoran tersebut ke peringkat lebih jauh dan setaraf dengan restoran-restoran lain.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Secara umumnya,objektif kajian adalah bertujuan mengkaji bagaimana strategi untuk memperkenalkan atau mempromosikan Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan kepada orang ramai serta menjadikan restoran tersebut sebagai tempat kunjungan para pelancong secara berkesan.
     a)      Untuk menyelidik tentang keberkesanan periklanan dan imej identiti korporat dalam mempromosikan restoran yang sedia ada.
     b)      Untuk membuat cadangan dan penambahbaikan dalam usaha mempromosikan Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan sebagai restoran yang terkenal dan mendapat tempat dihati pelancong luar atau dalam negara
     c)      Untuk menilai keberkesanan cadangan dan strategi promosi baru yang telah dibuat ke atas Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan.

1.5 SKOP KAJIAN
Melalui kajian yang dibuat,penyelidik membuat kajian yang menyeluruh  iaitu antara pengunjung yang pernah berkunjungan atau yang belum pernah berkunjung ke Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan.Skop kajian yang dijalankan oleh penyelidik juga tentang keberkesanan periklanan dan imej identiti korporat dalam mempromosikan restoran sedia ada serta keberkesanan cadangan dan strategi promosi yang baru iaitu melalui kajian yang berbentuk projek eksperimentation dan analisis terhadap visual.Melalui kaedah ini,pengkaji dapat menilai strategi periklanan yang sedia ada dan strategi yang baru samada mempunyai peningkatan dalam menghasilkan periklanan dan imej korporat dalam mempromosikan Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan.

1.6 LIMITASI KAJIAN
Kajian ini merupakan satu kajian yang melalui beberapa proses penting untuk mendapatkan maklumat yang terperinci.Limitasi kajian ini adalah terhad dan terbatas kerana kajian yang dijalankan oleh pengkaji adalah berdasarkan sumber yang didapati di sekitar negeri Kelantan.Selain itu,masa yang diberikan untuk mengedar borang soal selidik agak singkat.Masa yang dugunakan  untuk mengedar borang soal selidik kepada responden hanya diambil selama seminggu.

Disamping itu, masalah jumlah responden yang kecil walaupun jumlah pelancong dan pengunjung yang datang ke restoran tersebut ramai tetapi penyelidik mengalami masalah semasa mengagihkan borang soal selidik kerana pengunjung yang datang tidak secara beramai-ramai kerana pengunjung ramai datang pada waktu kemuncuk iaitu semasa makan tengahari.Hal ini menyebabkan penyelidik memerlukan waktu yang lama untuk memastikan borang soal selidik habis diedarkan.

Melalui proses ini juga penyelidik mengalami kesuntukan waktu dan jarak jauh.Hal ini kerana kajian ini hanya dilakukan pada cuti semester sahaja kerana jarak yang jauh dan masa yang ada agak terhad.Disamping itu,lokasi restoran tersebut terletak jauh dengan tempat tiggal pengkaji.

1.7 KEPENTINGAN KAJIAN
Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan merupakan salah satu tempat menjamu selera pelancong yang datang melancong ke negeri Kelantan.Restoran ini berpotensi untuk dipromosikan agar dapat dijadikan salah satu restoran yang terkenal dan dikenali oleh semua orang samada luar dan dalam negara.Peningkatan ekonomi negara juga disebabkan sumbangan daripada sektor pelancongan.Oleh hal yang demikian,strategi dan kaedah baru harus diperkenalkan supaya restoran tersebut dapat dipromosikan dengan berkesan.Jesteru,jelas bahawa kajian ini amat penting agar industri pelancongan negara dapat dipertingkatkan dan Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan akan menjadi tumpuan para pelancong yang datang ke negeri Kelantan.

Disamping itu,kepentingan yang diperolehi daripada kajian ini ialah pengkaji diberi kepercayaan oleh pemilik atau syarikat kajian untuk terus berkhidmat atau terus menjadi pereka samada melalui promosi atau penambahbaikkan imej identiti korporat.Hal ini kerana keberhasilan dalam mempromosikan restoran tersebut sehingga restoran tersebut mendapat sambutan daripada pelancong atau orang ramai.

Selain itu,kajian ini berkepentingan untuk memastikan bahawa Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan dikenali ramai bukan sahaja kerana lokasinya yang terletak di dalam Kompleks Kraftangan malah pengunjung yang hadir dapat melihat keunikan ukiran-ukiran istana raja lama di restoran tersebut.Disamping itu,restoran tersebut juga menyediakan masakan kampung.Melalui kajian ini,bukan sahaja pelancong tempatan atau rakyat negeri Kelantan boleh menikmati hidangan masakan kampong malah para pelancong dari luar negara juga dapat merasai masakan kampung serta dapat mengenali pelbagai jenis ulam-ulaman.Oleh itu,Restoran Nasi Ulam tersebut wajar dipromosikan supaya dapat menarik lebih ramai lagi pelancong dari luar negara berkunjungan di restoran tersebut.

Melalui kajian ini juga,diharapkan dapat membantu pemilik Restoran Nasi Ulam meningkatkan kaedah atau strategi yang efektif dalam mempromosikan restoran tersebut agar pelancong mengetahui keunikan atau kelainan yang terdapat pada restoran tersebut.Selain itu,dapat meningkatkan jumlah pelancong atau pengunjung datang ke restoran tersebut.


1.8 RUMUSAN
Secara keseluruhanya,dalam bab satu ini,penyelidik lebih menumpukan kepada pengenalan latar belakang kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji seperti latar belakang Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan,pengenalan tentang promosi dan tujuan kajian ini dilakukan.Selain itu,melalui bab ini pengkaji menggambarkan kajian yang akan dilakukan secara umum.



0 comments:

Post a Comment