Pages

Subscribe:

About

Thursday, 25 September 2014



Branstorming about Restaurant Nasi Ulam

Branstorming
   Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan merupakan restoran yang menyediakan masakan kampung atau masakan selera orang Kelantan.Lokasi Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan terletak di dalam kompleks Kampung Kraftangan berdekatan Dataran Padang Merdeka.Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan juga dikenali sebagai Kedai Cikgu Nasi Ulam,iaitu sempena nama pemiliknya Hamid Idris bekas guru Ekonomi lulusan Universiti Putra Malaysia (UPM). Restoran ini dibuka setiap hari dan beroperasi pada jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang.Kini,restoran tersebut telah diusahakan oleh anaknya Puan Rahaida atau Cikgu Rahaida.Masakan yang paling popular ialah ikan keli goreng berempah,asam pedas ikan patin,sayur lemak dan pelbagai jenis ulam ulaman yang dicicah bersama budu yang dicampur dengan mangga parut,hirisan bawang,tempoyak,cili,perahan air limau dan banyak lagi.Restoran ini mempunya sebanyak 40 orang pekerja dan dianggarkan 500 hingga 600 pengunjung yang datang dalam sehari.Waktu paling kemuncak yang ramai pengunjung datang ialah pada pukul 1 hingga 2 petang.

0 comments:

Post a Comment