Topic has been approved for Final Year Project
Promosi Restoran Nasi
Ulam Kampung Kraftangan Di Kelantan
Pengenalan
Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan merupakan
restoran yang menyediakan masakan kampung atau masakan selera orang
Kelantan.Lokasi Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan terletak di dalam
kompleks Kampung Kraftangan berdekatan Dataran Padang Merdeka.Restoran Nasi
Ulam Kampung Kraftangan juga dikenali sebagai Kedai Cikgu Nasi Ulam,iaitu
sempena nama pemiliknya Hamid Idris bekas guru Ekonomi lulusan Universiti Putra
Malaysia (UPM). Restoran ini dibuka setiap hari dan beroperasi pada jam 11.00
pagi hingga 6.00 petang.
Objektif Penyelidikan
Objektif Penyelidikan
Secara
umumnya,objektif kajian adalah bertujuan mengkaji bagaimana strategi untuk
memperkenalkan atau mempromosikan Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan kepada
orang ramai serta menjadikan restoran tersebut sebagai tempat kunjungan para
pelancong secara berkesan. 1) Untuk
menyelidik tentang keberkesanan periklanan dan imej identiti korporat dalam
mempromosikan restoran yang sedia ada.
2) Untuk
membuat cadangan dan penambahbaikan dalam usaha mempromosikan Restoran Nasi
Ulam Kampung Kraftangan sebagai restoran yang terkenal dan mendapat tempat
dihati pelancong luar atau dalam negara
3) Untuk
menilai keberkesanan cadangan dan strategi promosi baru yang telah dibuat ke
atas Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan.



0 comments:
Post a Comment