Thursday, 4 December 2014
Sunday, 30 November 2014
Idea Development of Logo
This is some example of idea development for logo Nasi Ulam Restaurant.The subject matter more to plate and salad.
![]() |
| Image 1:Sketch plate and salad for idea development of logo |
![]() |
| Image 2:Combination logo symbol and logotype |
![]() |
| Image 3:Idea development more to plate |
![]() |
| Image 4:This image show the logo matrix |
![]() |
| Image 5:This image sketch about logotype |
Thursday, 13 November 2014
SWOT Analysis
![]() |
| Strength |
![]() |
| Threat |
![]() |
| Weakness |
![]() |
| Opportunity |
KEKUATAN/STRENGTH
|
KELEMAHAN/WEAKNESS
|
·
Kepelbagaian menu hidangan dan
ulam-ulaman
·
Reka bentuk restoran yang unik
·
Harga berpatutan
·
Dapat menikmati suasana dan
makanan kampung
·
Menu lain daripada yang lain
·
Terdapat penjualan barangan kraftangan
·
Terdapat banyak kedai seperti
kedai lukisan dan batik
|
·
Promosi yang kurang meluas
·
Logo restoran yang kurang
menonjol
·
Logo susah dikenali
·
Penggunaan tipografi yang tidak
sesuai
·
Penggunaan warna yang tidak
menarik
·
Kurang promosi tentang menu
|
PELUANG/OPPURTUNITY
|
ANCAMAN/THREAT
|
·
Dapat memperkenalkan makanan
tradisi
·
Menarik pelancong luar dan dalam
negara
·
Tempat atau lokasi yang strategik
·
Kawasan restoran yang luas
·
Berpotensi untuk di komersialkan
|
·
Bersaing dengan restoran yang
berhampiran
·
Kesibukan di pusat Bandar
·
Bukan semua orang menggemari
ulam-ulaman
|
Wednesday, 12 November 2014
Research Methodology
Research methodology is way i do a research for Final Year Project(FYP).This research more to methods such as servey to the restaurant and interview the restaurant manager.
| Image 1:This photo show wheree i go to the restaurant for make a servey |
| Image 2:This image show i make a interview restaurant manager for get more information about history restaurant. |
| Image 3:Take a photo with Restaurant manager Pn.Rahaida Idris as a proof that i do a research |
Monday, 10 November 2014
This is Research Location for My Final Year Project(Nasi Ulam Restaurant)
This is my research location,the place that i choosee is Restaurant Nasi Ulam Kota Bharu Kelantan.
From this place i will make a promotion for restaurant and create a new logo.
| Image 1:Inside of Restaurant Nasi Ulam Kelantan |
| Image 2:Overall part of restaurant |
| Image 3:the front view of restaurant |
| Image 4:Some menu at Restaurant Nasi Ulam |
| Image 5:The signage for Restaurant Nasi Ulam |
Thursday, 6 November 2014
Chapter 1:Background Restaurant Nasi Ulam
1.0 PENGENALAN
Restoran Nasi Ulam
Kampung Kraftangan merupakan tempat menjamu selera,dan ia merupakan destinasi
para pelancong yang datang ke negeri Cik
Siti Wan Kembang atau lebih dikenali negeri Kelantan.Di Kelantan merupakan
salah satu destinasi yang terkenal dengan makanan yang unik dan tradisional
atau boleh dikatakan syurga makanan.Pelbagai masakan dan makanan yang menarik
boleh didapati di negeri Cik Siti Wan Kembang.Selain itu terdapat banyak
restoran yang menarik dan sedap dan mempunyai tarikan yang tersendiri untuk
menarik minat pengunjung untuk berkunjung di restoran tersebut.Restoran Nasi
Ulam Kampung Kraftangan mempunyai keunikan yang tersendiri iaitu dari segi
masakan ,perletakkan lokasi dan reka bentuk restoran.
Kajian yang dilakukan
bersifat kualitatif,dimana penyelidik membuat pemerhatian dan
menemuramah.Selain itu,kajian ini dibuat melalui mencari bahan rujukan daripada
internet untuk menambah maklumat tentang Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan.Kajian
ini juga dijalankan bagi melihat sejauhmana promosi dijalankan itu memberi kesan
kepada pengunjung ke restoran tersebut.
Promosi ialah proses
atau kaedah atau cara untuk menyampaikan,memberitahu dan mempengaruhi pengguna
atau orang ramai untuk membeli barangan atau perkhidmatan.Promosi bertujuan
untuk menyebarkan maklumat tentang perkhidmatan atau produk kepada orang
ramai.Selain itu,promosi juga bertujuan untuk mendapatkan pelanggan baru atau
menjaga kesetiaan pelanggan supaya kekal bersama.Promosi dapat dijalankan
melalui pelbagai cara antaranya ialah melalui media elektronik dan media
percetakan.Melalui media elektronik ialah televisyen,radio dan
internet,manakala melalui media percetakan ialah risalah,banner,majalah dan
surat khabar.
1.1 LATAR BELAKANG
Saya memilih
Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan sebagai tajuk kajian saya yang bertempat
di Jalan Hilir Kota,Kota Bharu Kelantan. Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan
merupakan restoran yang menyediakan masakan kampung atau masakan selera orang
Kelantan yang menggunakan resepi turun temurun keluarga pemilik restoran
tersebut.Lokasi Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan terletak di dalam
kompleks Kampung Kraftangan berdekatan Dataran Padang Merdeka.Restoran Nasi
Ulam Kampung Kraftangan juga dikenali sebagai Kedai Cikgu Nasi Ulam,iaitu
sempana nama pemiliknya Hamid Idris bekas guru Ekonomi lulusan Universiti Putra
Malaysia (UPM).
Restoran ini
mempunyai bilangan pekerja sebanyak 20 orang dan diagihkan pada bahagian
tertentu seperti dibahagian dapur dan bahagian menyediakan bahan-bahan untuk
memasak dan bahagian depan.Restoran ini menyediakan pelbagai lauk pauk seperti ikan
keli goreng berempah,singgang ikan,ikan keli gulai darat,percik ayam,ikan bakar
dan sebagainya.Selain itu,restoran ini juga menyediakan pelbagai jenis
ulam-ulaman mentah dan dicelur seperti petai,pegaga,pucuk gajus,ulam raja dan
pelbagai lagi jenis ulam-ulaman.Nasi ulam tersebut dicicah dengan perasa
seperti budu yang dicampur dengan manga muda yang diparut,cili api,bawang yang
dihiris dan tidak ketinggalan temponyak durian.Keunikan restoran ini
menyebabkan ramai pengunjung yang datang ke restoran tersebut.Disamping
menghidangkan pelbagai jenis masakan dan ulam-ulaman harga yang dikenakan amat
berpatutan menyebabkan ramai pengunjung yang berkunjung bersama keluarga kerana
walaupun dihidang dengan kuantiti yang banyak harga yang dikenakan tidak
terlalu mahal.
Restoran Nasi
Ulam Kampung Kraftangan beroperasi jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang setiap hari
kecuali pada hari jumaat.Perkhidmatan restoran ini merupakan perkhidmatan layan
diri dimana pengunjung bebas mengambil sendiri lauk pauk mengikut selera
masing-masing.Selain itu makanan yang dijual di restoran ini juga dijual dengan
harga yang berpatutan. Kebanyakan pengunjung restoran tersebut terdiri daripada
orang Kelantan dan pekerja yang bekerja berdekatan dengan restoran tersebut.Restoran
ini juga mendapat tempat dihati pelancong sama ada pelancong tempatan atau luar
negara.Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan atau nama lainya Kedai Cikgu Nasi
Ulam memilih warna merah dan putih korporat restoran.Keseragaman warna tersebut
dapat dilihat pada papan tanda nama dan promosi.Identiti korporat restoran
tersebut dapat dilihat pada papan tanda nama yang terdapat pada restoran dan laluan masuk ke dalam restoran
tersebut.
Kajian ini
dijalankan bertujuan untuk mempromosikan restoran tersebut agar lebih dikenali
dan merupakan tempat destinasi para pelancong yang datang ke negeri
Kelantan.Kajian yang dilakukan adalah lebih kepada pencarian idea baru untuk
mempromosikan restoran tersebut dan
penambahbaikan imej identiti korporat pada restoran tersebut.
Melalui kajian
ini,fokus utama yang diberikan ialah lebih kepada komunikasi visual.Komunikasi
visual(komunikasi melalui penglihatan)adalah proses penyampaian idea dan
maklumat yang disampaikan dalam bentuk dapat dibaca dan dapat
ditanggapi.Komunikasi visual biasanya dikategorikan sebagai unsur seni
rupa,tipografi,fotografi,logo,reka bentuk grafik,ilustrasi dan lain-lain.Komunikasi
juga merupakan cabang dari pelbagai aktiviti yang melibatkan komunikasi yang
menggunakan unsur rupa pada pelbagai media percetakan seperti majalah,surat
khabar,risalah dan banner.Manakala media elektronik ialah seperti
televisyen,radio,video,internet dan lain-lain.
1.2 PERSOALAN
KAJIAN
Berdasarkan
kajian yang dijalankan,penyelidikan
menemui beberapa persoalan
untuk
panduan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.Antara persoalan yang perlu
dikaji ialah:
a) Adakah
Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan dikenali ramai?
b) Bagaimanakah
cara pengunjung mengenali atau mengetahui keunikan tentang Restoran Nasi Ulam
Kampung Kraftangan?
c) Adakah
imej identity korporat dan promosi yang dijalankan memberi kesan kepada
pengunjung untuk berkunjung ke Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan?
d) Apakah jenis hidangan
dan tarikan yang terdapat di restoran tersebut yang boleh menarik pelancong untuk berkunjung ke
Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan?
e) Mengapakah pengunjung
memilih untuk berkunjung di Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan?
1.3 PERMASALAHAN KAJIAN
Melalui kajian
yang dibuat,didapati bahawa Restoran
Nasi Ulam Kampung Kraftangan mempunyai kaedah atau strategi promosi yang tidak
efektif.Walaupun restoran tersebut telah mengadakan promosi tetapi promosi yang
dijalankan hanya melalui periklanan percetakan seperti banner.Selain itu
terdapat juga papan tanda,dan tidak menggunakan kaedah iklan elektronik seperti
radio dan TVC.Hal ini menyebabkan orang ramai dan pelancong kurang mengenali
restoran tersebut.
Disamping
itu,Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan kurang menggunakan media semasa
mempromosikan restoran tersebut menyebabkan restoran tidak mendapat publisiti
yang meluas.Sebaliknya pemilik Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan harus
mempromosikan restoran tersebut melalui media seperti radio,televisyen dan
internet.Hal ini kerana,penggunaan media yang sesuai dapat menyebarkan maklumat
dengan cepat dan berkesan dan dengan pengguna teknologi yang semakin canggih
maklumat yang didapati hanya di hujung jari sahaja.
Selain
itu juga terdapat permasalahan yang timbul melalui kajian yang dilakukan iaitu
imej identiti korporat tidak memberi kesan kepada pengunjung untuk berkunjung
ke restoran tersebut kerana tiada keunikan pada logo asal restoran
tersebut.Logo mempunyai beberapa prinsip iaitu mudah diingati oleh orang
ramai,ringkas,senang dibaca dam mudah difahami,tidak luput,serba guna dan logo
mempunyai kesesuaian organisasi.Dengan adanya semua prinsip tersebut memudahkan
lagi untuk menarik minat pengunjung untuk berkunjung ke Restoran Nasi Ulam
Kampung Kraftangan.
Oleh
yang demikian,dengan adanya kaedah promosi yang baru dan sesuai ,maka lebih
ramai pengunjung atau pelancong luar negara yang akan berkunjung di
restoran tersebut seterusnya dapat
memperkenalkan tradisi makanan orang Kelantan kepada pelancong serta dapat
memperkenalkan restoran tersebut ke peringkat lebih jauh dan setaraf dengan
restoran-restoran lain.
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Secara
umumnya,objektif kajian adalah bertujuan mengkaji bagaimana strategi untuk
memperkenalkan atau mempromosikan Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan kepada
orang ramai serta menjadikan restoran tersebut sebagai tempat kunjungan para
pelancong secara berkesan.
a) Untuk
menyelidik tentang keberkesanan periklanan dan imej identiti korporat dalam
mempromosikan restoran yang sedia ada.
b) Untuk
membuat cadangan dan penambahbaikan dalam usaha mempromosikan Restoran Nasi
Ulam Kampung Kraftangan sebagai restoran yang terkenal dan mendapat tempat
dihati pelancong luar atau dalam negara
c) Untuk
menilai keberkesanan cadangan dan strategi promosi baru yang telah dibuat ke
atas Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan.
1.5 SKOP KAJIAN
Melalui
kajian yang dibuat,penyelidik membuat kajian yang menyeluruh iaitu antara pengunjung yang pernah
berkunjungan atau yang belum pernah berkunjung ke Restoran Nasi Ulam Kampung
Kraftangan.Skop kajian yang dijalankan oleh penyelidik juga tentang keberkesanan
periklanan dan imej identiti korporat dalam mempromosikan restoran sedia ada
serta keberkesanan cadangan dan strategi promosi yang baru iaitu melalui kajian
yang berbentuk projek eksperimentation dan
analisis terhadap visual.Melalui kaedah ini,pengkaji dapat menilai strategi
periklanan yang sedia ada dan strategi yang baru samada mempunyai peningkatan dalam
menghasilkan periklanan dan imej korporat dalam mempromosikan Restoran Nasi
Ulam Kampung Kraftangan.
1.6 LIMITASI KAJIAN
Kajian
ini merupakan satu kajian yang melalui beberapa proses penting untuk
mendapatkan maklumat yang terperinci.Limitasi kajian ini adalah terhad dan
terbatas kerana kajian yang dijalankan oleh pengkaji adalah berdasarkan sumber
yang didapati di sekitar negeri Kelantan.Selain itu,masa yang diberikan untuk
mengedar borang soal selidik agak singkat.Masa yang dugunakan untuk mengedar borang soal selidik kepada
responden hanya diambil selama seminggu.
Disamping
itu, masalah jumlah responden yang kecil walaupun jumlah pelancong dan
pengunjung yang datang ke restoran tersebut ramai tetapi penyelidik mengalami
masalah semasa mengagihkan borang soal selidik kerana pengunjung yang datang
tidak secara beramai-ramai kerana pengunjung ramai datang pada waktu kemuncuk
iaitu semasa makan tengahari.Hal ini menyebabkan penyelidik memerlukan waktu
yang lama untuk memastikan borang soal selidik habis diedarkan.
Melalui
proses ini juga penyelidik mengalami kesuntukan waktu dan jarak jauh.Hal ini
kerana kajian ini hanya dilakukan pada cuti semester sahaja kerana jarak yang
jauh dan masa yang ada agak terhad.Disamping itu,lokasi restoran tersebut
terletak jauh dengan tempat tiggal pengkaji.
1.7 KEPENTINGAN KAJIAN
Restoran
Nasi Ulam Kampung Kraftangan merupakan salah satu tempat menjamu selera
pelancong yang datang melancong ke negeri Kelantan.Restoran ini berpotensi
untuk dipromosikan agar dapat dijadikan salah satu restoran yang terkenal dan
dikenali oleh semua orang samada luar dan dalam negara.Peningkatan ekonomi
negara juga disebabkan sumbangan daripada sektor pelancongan.Oleh hal yang
demikian,strategi dan kaedah baru harus diperkenalkan supaya restoran tersebut
dapat dipromosikan dengan berkesan.Jesteru,jelas bahawa kajian ini amat penting
agar industri pelancongan negara dapat dipertingkatkan dan Restoran Nasi Ulam
Kampung Kraftangan akan menjadi tumpuan para pelancong yang datang ke negeri
Kelantan.
Disamping
itu,kepentingan yang diperolehi daripada kajian ini ialah pengkaji diberi
kepercayaan oleh pemilik atau syarikat kajian untuk terus berkhidmat atau terus
menjadi pereka samada melalui promosi atau penambahbaikkan imej identiti
korporat.Hal ini kerana keberhasilan dalam mempromosikan restoran tersebut
sehingga restoran tersebut mendapat sambutan daripada pelancong atau orang
ramai.
Selain
itu,kajian ini berkepentingan untuk memastikan bahawa Restoran Nasi Ulam
Kampung Kraftangan dikenali ramai bukan sahaja kerana lokasinya yang terletak
di dalam Kompleks Kraftangan malah pengunjung yang hadir dapat melihat keunikan
ukiran-ukiran istana raja lama di restoran tersebut.Disamping itu,restoran
tersebut juga menyediakan masakan kampung.Melalui kajian ini,bukan sahaja
pelancong tempatan atau rakyat negeri Kelantan boleh menikmati hidangan masakan
kampong malah para pelancong dari luar negara juga dapat merasai masakan
kampung serta dapat mengenali pelbagai jenis ulam-ulaman.Oleh itu,Restoran Nasi
Ulam tersebut wajar dipromosikan supaya dapat menarik lebih ramai lagi pelancong
dari luar negara berkunjungan di restoran tersebut.
Melalui
kajian ini juga,diharapkan dapat membantu pemilik Restoran Nasi Ulam
meningkatkan kaedah atau strategi yang efektif dalam mempromosikan restoran
tersebut agar pelancong mengetahui keunikan atau kelainan yang terdapat pada
restoran tersebut.Selain itu,dapat meningkatkan jumlah pelancong atau
pengunjung datang ke restoran tersebut.
1.8 RUMUSAN
Secara
keseluruhanya,dalam bab satu ini,penyelidik lebih menumpukan kepada pengenalan
latar belakang kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji seperti latar belakang
Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan,pengenalan tentang promosi dan tujuan
kajian ini dilakukan.Selain itu,melalui bab ini pengkaji menggambarkan kajian
yang akan dilakukan secara umum.
Subscribe to:
Posts (Atom)






















